Tuesday, June 16, 2009

stepler pink + binding tape kuning

Sedang aku leka melayan kemengantukan di tambah dengan kepeningan akibat tak cukup tido malam tadi. Kat dasar otak aku ni masih “ngiang-ngiang” lagi soalan yang amat femes di ajukan oleh pihak-pihak yang myb prihatin tentang aku. Kenapa praktikal/Li kat MPS??

Huh.suka hati perasaan aku la. Ko ke yang tuang minyak aku ulang alik pergi ofis.ke ko yang tolong bayar duit aku beli kuih donut hari-hari kat Cik Uda.

Kenapa??sebab dia government??tak dapat elaun walau SATU SEN pon??ke ko jeles sebab aku dok rumah.

Kalo Li kat swasta, dpat elaun paling kurang RM180 hengget,ko kene dok kat rumah sewa,ko bahagia ke??jawab,jawab!!sila jawab dalam hati!!

=) --> =$

Time aku nak isi borang permohonan tempat Li, mak aku dah pesan awal-awal.. “ Jangan mengada-ngada nak mohon jaoh-jaoh!!” maka aku sebagai anak yang patuh terus akur menghantar resume-resume ke pejabat-pejabat yang berhampiran, iaitu di sekitar cyberjaya dan putrajaya.dan-dan pulak MPS ni respon paling positif dan di muka mak aku kelihatan sinar-sinar bahagia dan ceria.

Maka terdampar la aku di sini..

Jimat duit PTPTN, kain baju terpelihara,makan minum hatta pengangkutan adalah di tanggung 100%, pahala pun dapat..tp hakikatnya duit PtPTN aku dah habes di sedekahkan.

Hehe

Orang kata, Li kat government ilmu kurang skeet..hmm..act depends pada kos dan tempat ko Li tu gak..andaikata ko kos hotel & catering adakah ko berbaloi Li di pantry MPS yg memang daily memasak ni? jawapan nya memang tidak berbaloi.kerana anda akan kelihatan aneh bila memakai satu set persalinan chef dengan bertopi kemek tu apabila masuk ke Jabatan Kejuruteraan kat MPS ni.

Pengalaman boleh dikutip di mana-mana sahaja, yang penting jangan ada sikap pemalas.tak kisah la ko Li di mana pon, hatta kat syarikat yang ada projek berjuta pon.tapi jika ko adalah seorang dewa PEMALAS tak berguna gak.seperti cerun yang takde system saliran yang sempurna, tetap akan runtuh jua akhirnya.

Haha

Walaupun aku kelihatan bersenang lenang dan lenggang kangkung ke office hari-hari, hakikatnya di saat akhir mcam ni otak aku ligat berpusing untuk mencompletekan report harian aku dan membuatkan aku terpaksa mencari bahan-bahan yang berkaitan untuk membuatkan aku kelihatn berilmu dan busy sepanjang 21 minggu

Ngeee….

No comments: