Thursday, February 20, 2014

Kek Hari Jadi + No. 2 + Race Car

Assalammualaikum,


sebenarnya minggu lepas aq ingat tak nak kasi panas mak aq punya oven,sebab nak menjenguk ahli baru dan kenduri.tapi disebabkan kakak ni, aq buat kan jugak. antara sebab nya anak kakak ni comel.somel sangat!!di samping family dia memang antara regular customer.hehe.







customer tak bagi tema. so aq godek-godek mr.google dan jumpa tema race car.konon-kononnya aq nak letak bendera ape bagai.tapi ade kekangan pagi tu.maka gitu la nghopenya. kek coklat moist yang gila dengan ganache. tema race car.tapi tak berape nak race la.tapi aq tak sangka.....


wu.terharu.alhamdulillah..segala nikmat idea dari Mu ya Allah..tqsm jugak k.ngah sbb sudi order dengan saya ^___*

dear ayeez,
         Selamat hari lahir.semoga menjadi anak yang soleh dan taat ibu bapa.semoga di kurniakan akal  yang cemerlang dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Nya..

acik nina.











agak susah nak melepa ganache dan dapat kan permukaan yang licin pada musim panas kering ni.sebab ganache agak cepat cair.kejap-kejap aq kena masukkan kek dalam petice. dugaan.tapi bila dapat fedback postif customer. hilang penat. hehehe.


aq terfikir nak buat Set Combo untuk Birthday Party. macam kakak ni amek kek dan apam polkadot.Jadi harga pun nanti harusla combo jugak kan.berminat boleh sms 013 3456 849 - nina

tqsm

Monday, January 13, 2014

Resepi Apam polkadot

 
 
 
 
Bahan:
  • ·         3 biji telur sejuk dari peti ice
  • ·         180g gula halus
  • ·         1 tsp ovellete
  • ·         1 tbsp esen vanilla
  • ·              275g tepung gandum             **di ayak sekali
  • ·         3 sudu the baking powder      **di ayak sekali
  • ·         150ml susu segar/susu cair
  • ·         Filling-ikut suka
  • ·         Pewarna makanan


 
Kaedah :
  • ·         Pukul putih telur hingga kembang
  • ·         Masukkan gula pukul hingga kembang
  • ·         Kemudian masukkan ovellete,kuning telur dan esen vanilla.pukul lagi sehingga kembang
  • ·         Masukkan tepung+baking powder dan susu secara selang seli (tepung-susu-tepung-susu-tepung) kemudian gaulkan
  • ·         Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warna kan ikut suka
  • ·         Masukkan adunan dalam piping bag or plastic bag.(potong hujungnya)
  • ·         Picit aduan hingga separuh dalam mangkuk kertas/cup
  • ·         Picit kan filing
  • ·         Tutup filing tadi secara rata dengan adunan sehingga penuh mangkuk kertas/cup
  • ·         Kukus selama 10-15minit atau sehingga masak
 
kalo banyak sgt letak filling, tu dia..melimpah ruah.hehe

Tips:
  • -           balut tudung periuk dengan kain bersih supaya apam tak terkena air wap.nnt kena cacar air plak apam tu. =)
  • -          Jangan guna api besar ea.sedang2 aja.nnt kalo panas sangat meletup plak apam tu

 aigoo.paham ke idok??senang je kan..besok sempena maulud boleh la buat,lepas tu agih kat jiran-jiran.
*1adun dapat dalam 50nos =)