Friday, April 3, 2009

suraH Al-fatihah

"YA.. solat itulah cara nak berbual dengan Allah... Kita akan membaca surah Al fatihah dalam solat, dan setiap ayat AL fatihah Allah akan jawab waktu itu juga..!!! ''
Lafaz kita
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam

Waktu itu juga Allah menjawab..!!
"HambaKU telah memuji akan DAKU.."


Lafaz kita
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.

Dan Allah membalas..!!
"HambaKU telah menyanjung DAKU"


Lafaz Kita
Yang menguasai hari pembalasan.

Allah menjawab kembali..
HambaKU telah mengagungkan DAKU..


Lafaz Kita
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan

Allah menjawab kembali
"Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja."


Lafaz kita
Tunjukkan kami jalan yang lurus.
Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Dan Allah membalas kembali permintaan kita
"Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon."


aku suke post ni.hehe.sila klik http://akusuhaimi.blogspot.com/

No comments: